25 Jun 2013

Misteri Tiga Bentuk V di Kota Nabi Daud

Misteri Tiga Bentuk V di Kota Nabi Daud. Penemuan tiga bentuk huruf V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik di Kota Nabi Daud menggemparkan ahli-ahli arkeologi dan Misteri Huruf V Di Kota Nabi Daud tetap menjadi rahsia hingga ke hari ini.

Baitulmuqaddis, beberapa ukiran batu berusia beribu-ribu tahun lalu dan dibongkar di sebuah tapak ekskavasi di bawah bandar ini menyebabkan ahli-ahli arkeologi keliru. Kumpulan penggali Israel menemui beberapa buah bilik yang diukir di dalam batu di kawasan tertua di bandar ini baru-baru ini.

Kota tersebut dinamakan sempena nama Nabi Daud yang dipercayai memerintah kota berkenaan 3,000 tahun dahulu. Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur yang dituntut pentadbiran Palestin sebagai ibu kota Palestin merdeka.

Misteri Tiga Bentuk V di Kota Nabi Daud

Misteri Tiga Bentuk V di Kota Nabi Daud

Ketika proses menggali Kumpulan penggali Israel menemui tanda Tiga Bentuk V yang diukir sebaris di lantai sebuah bilik berkenaan. Ukiran tersebut sedalam sekitar 5 cm dan panjang 50 cm. Tiada sebarang penemuan lain yang boleh dijadikan petunjuk untuk mengetahui identiti pihak yang membuat ukiran tersebut atau tujuan ia dibuat. Penggalian itu dibiayai sebuah Kumpulan Nasionalis Zionis di kawasan penduduk Palestin di Silwan, Baitulmuqaddis Timur.

Seorang ahli arkeologi Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Eli Shukron melihat Misteri Tiga Bentuk V di Kota Nabi Daud dekat Bandar Lama, Baitulmuqaddis, berkata, ahli-ahli arkeologi terbabit dengan penggalian tersebut gagal mengutarakan sebarang teori kerana kurang berpengetahuan mengenainya.

"Saya tidak pernah melihat benda seperti ini"
— Shukron.

Ukiran-ukiran V itu ditemui di kawasan penggalian dikenali sebagai Kota Nabi Daud. Ukiran-ukiran itu mungkin memiliki fungsi upcara keagamaan atau ia sekadar ukiran. Lokasi ukiran-ukiran itu ditemui di Kota Nabi Daud yang merupakan kawasan ekskavasi paling kontroversi di sini.

Bilik-bilik dan Misteri Tiga Bentuk V di Kota Nabi Daud tersebut ditemui semasa prosedur ekskavasi dilakukan bagi mengukuhkan satu-satunya sumber air semula jadi di sini, mata air Gihon. Beberapa pakar arkeologi berkata, ukiran-ukiran misteri tersebut dibuat sekurang-kurangnya 2,800 tahun lalu dengan bentuknya mungkin dijadikan tempat pasak struktur kayu atau ia mempunyai tujuannya sendiri.





Share This!


Powered By Blogger Template Mod By abcSEOxyz Sihir Maya